Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor ke-2 Era Moden yang memerintah dari tahun 1895 hingga 1959, Nasi Beringin atau juga dikenali sebagai Nasi Beringin Harum atau Nasi Diraja telah mendapat tempat di Istana Johor sebagai menu utama untuk menjamu para tetamu baginda.
Nasi ini sesuai dihidangkan bersama acar ikan, ayam masak merah, ayam masak kari, rendang kambing, acar timun dan bergedel.
Kini Nasi Beringin boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja. Dan bagi anda yang "TERINGIN" nak makan "NASI BERINGIN" di waktu yang "DINGIN" atau pada bila-bila masa sahaja, cepat-cepat datang ke restoran kami. Kami di SEGAMAT, JOHOR.
"YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU"
NASI BERINGIN YANG SANGAT SEDAP & LAZAT RESEPI TURUN TEMURUN!
Di Restoran Selera Nasi Beringin Segamat, kami menyediakan Nasi Beringin yang sangat sedap serta wangi dengan aroma rempah ratusnya. Dihidangkan dengan pilihan Kari Ayam, Daging ataupun Kambing yang "Marvelous!" dengan Sayur Acar Nenas & Timun yang segar dari ladang pasti memukau anda sehingga ke suapan yang terakhir.
Tak lupa Sambal Tumis Yang Sangat Ummmppphhh! Pasti membangkitkan selera anda sekeluarga. Jom singgah ke Restoran Kami!
Restoran Selera Nasi Beringin
No. 22 & 24 Jalan Utama 2/7, Taman Utama,
85000 Segamat, Johor.
012-604 6365
Klik imej di atas untuk Google Map Restoran Selera Nasi Beringin Segamat