Selera Nasi Beringin

Mengimbau kenangan lalu sambill nikmati keenakan hari ini

Lihat Menu
Kenali Kami
Menu Kami
Hubungi Kami

Kenali Nasi Beringin

Pada era pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor ke-2 Era Moden (1895–1959), Nasi Beringin — juga dikenali sebagai Nasi Beringin Harum atau Nasi Diraja — menjadi antara hidangan utama di Istana Johor bagi menjamu tetamu diraja.

Hidangan beraroma ini lazimnya disajikan bersama acar ikan, ayam masak merah, kari ayam, rendang kambing, acar timun dan bergedel, melengkapkan cita rasa warisan yang penuh keistimewaan.

Tentang Kami

Di Restoran Selera Nasi Beringin Segamat, kami menyajikan Nasi Beringin yang harum dengan aroma rempah ratus yang memikat selera. Dihidangkan bersama pilihan Kari Ayam, Daging atau Kambing yang istimewa, lengkap dengan acar nenas dan timun segar, setiap suapan pasti meninggalkan kenangan rasa yang mendalam.

Ditambah pula dengan sambal tumis yang padu dan menyelerakan, ia pastinya membangkitkan selera seisi keluarga.

Nikmati juga pelbagai pilihan lauk pauk citarasa Melayu asli dan kontemporari — hanya di Selera Nasi Beringin Segamat.

P.O.V

HALAL itu FARDHU, LAZAT itu PERLU

Hubungi kami untuk tempahan atau catering.

WhatsApp Whatsapp Kami

📍 No.22, Jalan Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor, Malaysia

Waktu Operasi

Selasa – Ahad
8.30 pagi – 4.30 petang

Isnin
Cuti